PENGHARGAAN
Kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan penggambaran filem pendek Peluang Kedua. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada D'Wharf Hotel Port Dickson kerana memberi izin untuk kami menjalankan penggambaran filem pendek ini. Tak lupa juga kepada kakitangan dan AJK Masjid An Nur Rembau kerana memberi izin dan kerjasama untuk melakukan penggambaran di situ. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Kemahiran Tinggi MARA Rembau kerana memberi sokongan yang baik dalam menjayakan filem pendek Peluang Kedua. Tidak dilupakan kepada Pensyarah subjek kami iaitu Puan Nur Azura Binti Pandi kerana membeikan tunjuk ajar kepada kami semua.
CABARAN
Cabaran yang dihadapi bagi menjayakan filem pendek Peluang Kedua ialah kekangan masa dan jadual penggambaran yang padat. Kami juga terpaksa menukar pelakon di saat saat akhir kerana pelakon asal kami tidak dapat meneruskan penggambaran filem ini. Akhirnya kami telah berjaya mendapatkan pelakon yang berkualiti yang boleh membawa watak yang diberikan dengan baik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan